"SETIA SAMPAI SUDAH"

Selasa, 21 April 2020

الفاتحة

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dengan perasaan sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Dato' Undang Wilayah Naning ke-21, Dato' (Dr.) Nordin bin Haji Abdul Jalil telah mangkat pada jam 5.05 pagi tadi Hospital Melaka.

Jenazah dibawa pulang ke kediaman Almarhum di Taman Setiawan, Tampin & dijangka akan dikebumikan di belakang Masjid Dol Said, Taboh Naning, sebelum Zuhur.

الفاتحة
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Sabtu, 18 Januari 2020

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 MENERIMA KUNJUNGAN KGPAA PAKU ALAM IX AL-HAJ

Pada 18 Januari 2020, Yang Amat Mulia Dato’ Undang Wilayah Naning Melaka ke-21, Dato’ Dr. Nordin bin Haji Abdul Jalil telah menerima kunjungan Sri Paduka Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Arya Paku Alam IX Al-Haj Anglingkusumo dari Yogyakarta, di kediamannya.


Turut serta di dalam kunjungan daripada Keraton Pakualaman, Yogyakarta ini ialah Kanjeng Pangeran Haryo Sri Paduka Yamtuan Rheindra J. Wiroyudho Alam Syah, Kanjeng Pangeran Panji Haryo Sahid Metarum Hanyakrawati, Kanjeng Pangeran Danny Sunan Satya Tirtadiningrat dan Kanjeng Raden Tumenggung Haryo Dato' Seri Letchumanan Mahalingam Notohamijoyo.


Di dalam kunjungan tersebut, Yang Amat Mulia Dato’ Undang Naning dan 4 orang Dato’ Lembaga Adat Naning ke-21 telah dianugerahkan gelaran kebesaran Pakualaman, Yogyakarta oleh Sri Paduka Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Arya Paku Alam IX Al-Haj Anglingkusumo. Yang Amat Mulia Dato’ Dr. Nordin telah dianugerahkan Kanjeng Pangeran Cokro Kusumowijoyo.

Semuga dengan kunjungan ini, menjadi semakin erat dan akrab perhubungan di antara keduanya.













































Ahad, 18 Ogos 2019

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 DILANTIK SEBAGAI PENAUNG KEHORMAT DIRAJA PLK MALAYSIA

Yang Amat Mulia Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21, Dato’ Dr. Nordin bin Abdul Jalil telah dilantik sebagai Penaung Kehormat Diraja Pertubuhan Perpaduan Landasan Keamanan Sejagat (PLK Malaysia).


Majlis pelantikan ini berlangsung di dalam Majlis Annual Dinner Sempena Sambutan Ulangtahun ke-7 PLK Malaysia Dan Pengurniaan Selempang Majlis. Majlis ini berlangsung di Ballroom Hotel Sama-Sama, KLIA Sepang, pada 17 Ogos 2019.