Almarhum Dato' Mohd Shah bin Mohd Said Al-Haj, Dato' Undang Naning ke-18 (1951-2004) |
Pidato mengangkat
Penghulu ini, umumnya dimulai dengan kata pembukaan, katanya seperti berikut:
Menyembah
saya kepada Kerapatan,
Kerapatan
angku-angku dengan penghulu,
Ninik
mamak alim-ulama,
Serta
ipar dengan bisan,
Baikpun
adik dengan kakak, serta nan hadir semuanya.
Kamanolah
sambah ditujukan,
Keselangan
bendul di tengah,
Nan
basandar di tiang panjang,
Nan
seleret tiang di sudut,
Lalu
ke tepi pintu gerbang,
Lalu
ke kampong ke halaman,
Sembah
dan simpuh menjalani.
Adapun
kemudian dari pado itu,
Tatkala
insan akan ditempa,
Nyawa
akan bertemu dengan badan,
Semasa
dalam Rahim bunda,
Sudah
sehari, dua ketiga,
Sudah
sebulan berganti bulan,
Cukup
kesepuluh bilangan bulannya,
Lahirlah
anak ke dunia nangko,
Jika
takdir anak laki-laki,
Berniatlah
ibu serta bapanya.
Apolah
nan jadi niat di masa itu,
Beribadatlah
taat beriman teguh,
Rezeki
murah umur pun panjang,
Itulah
nan jadi niat dan nazar,
Dan
meminta jua kepada Allah,
Sentano
sampai si anak gedang,
Pandai
berjaja dan berjojo,
Pandai
meniru meneladan,
Pandai
berdagang berniaga,
Pandai
menjaga korong kampong,
Serta
dengan kaum keluarganya,
Selain
dari pada tentangan itu,
Pandai
menjaga lebih dan kurang,
Pandai
menjaga cekah dan kait,
Tahu
akan rasa dan periksa,
Pandai
bicara di nan ramai,
Pandai
bertenggang di nan sarik.
Demikianlah niat dan
nazar ibu bapa dan lagi diharapkan semoga anak dapat menduduki salah satu
daripada pangkat nan empat iaitu Penghulu, Katib, Imam atau Ulama.
Jika si anak terpilih
untuk menjadi Penghulu, maka pengangkatan itu dengan berhelat / menjamu ninik
mamak, alim ulama, sanak saudara dipotong kerbau menurut Adat. Bahawa pidato
upacaranya, sebagai sambungan pidato tadi seperti berikut:
Allah
dan Rasul menggerakkan,
Bermupakat
segala kaum dan famili,
Buruk
dibuang dengan hitungan,
Elokpun
diambil dengan mupakat,
Dapatlah
rundingan seiya kata sebuah,
Ditegakkan
alam dengan merawa,
Tanda
pusaka akan didirikan,
Diletuskan
bedil nan sepucuk,
Medecing
bunyi pelantiknya,
Asap
menjulang ke udara,
Anaknya
pulang-pulang pergi,
Semungkir-mungkir
orang menembak,
Di
balik pulau kene jua.
Dipetik
jua meriam Adat,
Belum
disentuh sudah meletus,
Anaknya
jalan sendirinya,
Bunyi
rasa menggegerkan bumi,
Ngungumnya
sampai ke lautan,
Gegarnya
sampai ke langit,
Bergoncang
candanya gunung,
Dipukul
gung Ketemanggungan,
Bunyinya
selingkup kampung,
Dengungnya
tinggi rendahan,
Kadang-kadang
mendengung di atas langit,
Kadang-kadang
berbunyi dalam tanah,
Mencengangkan
orang kiri kanan.
Bahawa tugas sebagai
seorang yang diangkat menjadi Penghulu, itu diumumkan, dengan pidato-pidato
berbunyi:
Penghulu
ibarat kayu gadang,
Kau
rampak di tengah kota,
Uratnya
tempat orang bersela,
Batangnya
tempat orang bersandar,
Dahannya
tempat orang bergantung,
Akan
pergi tempat orang bertanya,
Pulang
tempat orang berberita,
Tempat
bertanya buruk dan baik,
Menanyakan
lebih dengan kurang,
Mengadakan
silang dengan selisih,
Serta
bantah dengan kelahi,
Menghukum
adil berkata benar,
Kusut
akan menyelesaikan,
Keruh
akan menjernihkan.
Seperti bunyi pantun
jua:
Anak
orang Sungai Lasih,
Hendak
mudik ke Batang Hari,
Mendaki
jalan berkelok,
Menurun
ke Bangkahulu,
Kalau
bersua silang berselisih,
Serta
bantah dengan kelahi,
Semoga
diperbaiki dengan elok,
Itu
bernama seorang Penghulu.
Kemudian pidato ini
ditutup dengan pantun berupa ucapan doa berbunyi:
Berdendang
bedil di pulau,
Orang
menembak elang lautan,
Asap
licin berpadu angin.
Untung-untung
hokum beliau,
Datar
bagai lantai papan,
Licin
bagai dinding cermin.