"SETIA SAMPAI SUDAH"

Sabtu, 24 Mac 2018

PECAHAN SUKU ADAT PERPATIH NANING

Terdapat 4 suku asal yang bertanggungjawab membuka dan meneroka Wilayah Naning, iaitu:
Suku Semelenggang
Suku Tiga Batu
Suku Mungkal
Suku Anak Melaka

Setelah zaman beredar musim berganti, kini terdapat 44 pecahan suku utama di dalam Wilayah Adat Perpatih Naning:

Suku Semelenggang
1. Semelenggang Bunga Tanjung
2. Semelenggang Batu Kikir
3. Semelenggang Air Hangat
4. Semelenggang Melekek
5. Semelenggang Naning
6. Semelenggang Perut Ibu
7. Semelenggang Empat Ibu
8. Semelenggang Punggol
9. Semelenggang Pulau

Suku Tiga Batu
1. Tiga Batu Lubuk Kepong
2. Tiga Batu Batu Kemus
3. Tiga Batu Balang
4. Tiga Batu Ciniaga
5. Tiga Batu Nisan Tinggi
6. Tiga Batu Cerana Putih
7. Tiga Batu Seri Air
8. Tiga Batu Perling
9. Tiga Batu Kampung Padang
10. Tiga Batu Tanjung Balai

Suku Mungkal
1. Mungkal Kemus
2. Mungkal Perling
3. Mungkal Bidara
4. Mungkal Arongan
5. Mungkal Macap
6. Mungkal Ciniaga
7. Mungkal Kuala Ina
8. Mungkal Segamat

Suku Anak Melaka
1. Anak Melaka Paya Dalam
2. Anak Melaka Limau Purut
3. Anak Melaka Paya
4. Anak Melaka Kundang
5. Anak Melaka Sungai Buloh
6. Anak Melaka Rembau
7. Anak Melaka Kampung Bukit

Suku-suku lain yang terdapat di dalam Adat Perpatih Naning:
1. Tiga Nenek
2. Paya Kumboh
3. Batu Hampar
4. Batu Hampar Agas
5. Batu Hampar Penajis
6. Biduanda Waris
7. Biduanda Dagang
8. Biduanda Segamat
9. Biduanda Rembau

Selasa, 20 Mac 2018

SENARAI PENGHULU NANING

Jawatan Penghulu atau Undang Naning dikatakan mula diwujudkan setelah Melaka diambil alih oleh Belanda daripada Portugis pada tahun 1641. Sejak itu, Naning dikira termasuk dalam pengaruh Belanda.

Jawatan tersebut diwujudkan atas cadangan pihak Belanda dan dipilih oleh penduduk Naning. Namun demikian, penulisan Shahba (1951) memerihalkan bahawa Naning mempunyai 11 orang penghulu sebelum YAM Dato' Megat Alam Melintang dan ini bermakna jawatan Penghulu Naning bukannya wujud pada zaman Belanda, tetapi jauh lebih lama lagi. Walaupun bergelar Penghulu, tetapi taraf Penghulu Naning boleh dianggap menyamai Raja-raja Melayu kerana pengaruh yang dimiliki Penghulu Naning adalah besar ketika zaman silam.

Justeru, di bawah merupakan nama-nama Penghulu Naning yang dicatatkan daripada pihak Belanda dan Inggeris, sehingga kini:

1. YAM Dato’ Megat Alam Melintang (1641 – 1671)
2. YAM Dato’ Megat Junjungan Limau (1671 – 1701)
3. YAM Dato’ Juara Megat (memangku Posako) (1701 – 1705)
4. YAM Dato’ Kokah @ Azahari (1705 – 1765)
5. YAM Dato’ Gahang Berbulu (1765 – 1775)
6. YAM Dato’ Selamat Idris (1775 – 1780)
7. YAM Dato’ Timba (1780 – 1786)
8. YAM Dato’ Anjak bin Dol Mat (1786 – 1799)
9. YAM Dato’ Abdul Said bin Omar @ Dol Said (1799 – 1849)
10. YAM Dato’ Idas (1849 – 1870)
11. YAM Dato’ Muhammad Salleh @ Arab (1870 – 1900)
12. YAM Dato’ Ranting bin Haji Tahir (1900 – 1901)
13. YAM Dato’ Hassan bin Sulong (1901 – 1916)
14. YAM Dato’ Omar bin Hassan (1918 – 1923)
15. YAM Dato’ Arsyad (1923 – 1931)
16. YAM Dato’ Othman bin Kering (1932 – 1940)
17. YAM Dato’ Che’ Lah bin Mohd Sah (1942 – 1949)
18. YAM Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said (1951 – 2004)
19. YAM Dato’ Abdul Latif bin Hashim (2004 – 2012)
20. YAM Dato’ Mohd Salleh bin Md Som (2012 – 2013)
21. YAM Dato’ Nordin bin Abd Jalil (2013 – Sekarang)

YAM Dato’ Nordin bin Abd Jalil (2013 - SEKARANG)
YAM Dato’ Mohd Salleh bin Md Som (2012 - 2013)
YAM Dato’ Abdul Latif bin Hashim (2004 - 2012)
YAM Dato’ Mohd Shah bin Mohd Said (1951 - 2004)

LOMBAGO UNDANG NANING

Pembesar Waris
1. YM Dato’ Paduka Seri Lela Maharaja
2. YM Dato’ Paduka Seri Maharaja
3. YM Dato’ Paduka Seri Syahbandar
4. YM Dato’ Paduka Seri Menteri Penghulu
5. 3 orang Ibu Soko dari setiap perut
- Terdiri dari Keluarga Nan Bergajah Tunggal
- Disandang oleh kerabat terdekat Penghulu Naning

Tiang Balai
1. YM Dato’ Paduka Seri Nan Kaya @ Raja Nan Kaya  - Suku Semelenggang Naning
2. YM Dato’ Paduka Seri Angkai Besar @ Orang Kaya Besar  - Suku Anak Melaka Paya
    YM Dato’ Paduka Seri Niko @ Andika Maharaja  - Suku Anak Melaka Kundang
3. YM Dato’ Paduka Seri Mangun @ Membangun  - Suku Tiga Batu
4. YM Dato’ Paduka Seri Angkai Kecil @ Orang Kaya Kecil  - Suku Mungkal

Isi Balai
1. YM Dato’ Seri Gompo  - Suku Tiga Nenek
2. YM Dato’ Seri Maulana Garang  - Suku Semelenggang Air Hangat
3. YM Dato’ Seri Mempelas  - Suku Semelenggang Bunga Tanjung