"SETIA SAMPAI SUDAH"

Ahad, 27 Januari 2019

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 DIANUGERAHKAN IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DARI WAMAPS

Yang Amat Mulia Dato’ Undang Wilayah Naning Melaka ke-21, Dato’ Dr. Nordin bin Abd Jalil telah dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ‘Doctor of Philosophy in Asian Martial Arts History’, daripada World Academy of Martial Arts Philosophy And Science (WAMAPS).

WAMAPS turut menjalinkan kerjasama dengan Asean University International (AUI) dan University of Pelita Malaya (UPM) Indonesia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Amat Mulia, di atas penganugerahan tersebut.







Khamis, 3 Januari 2019

YAM DATO’ UNDANG NANING KE-21 MENERIMA UNDANGAN KE RIAU

Yang Amat Mulia Dato’ Undang Wilayah Naning ke-21, Dato’ Dr. Nordin bin Abdul Jalil telah menerima undangan daripada Warisan Budaya Melayu dan Sosial Kesultanan Kerajaan Riau Lingga, bersempena Pesta Wisata Budaya Anak Negeri 2019.

Yang Amat telah berangkat ke Riau pada 31 Disember 2018. Ketika di Riau, Yang Amat Mulia telah menghadiri pelbagai acara yang diadakan di sana. Antaranya ialah Malam Silaturahmi Masyarakat Adat Nusantara, yang diadakan pada 31 Disember 2018 di Hotel Gembira, Tanjung Batu, Karimun.

Yang Amat Mulia telah berangkat pulang pada Rabu, 2 Januari 2019.