Pada
25 Mei 2019, bersamaan 20 Ramadhan 1440H, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan
Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim dan Asnaf, anjuran Lembaga Adat
Naning ke-21.
Majlis
berbuka puasa dan penyampaian sumbangan ini merupakan program tahunan Lembaga
Adat Naning ke-21, bagi mengeratkan perhubungan silaturrahim sesama anak-anak adat 25 mukim dan meringankan bebanan golongan yang kurang bernasib baik
di dalam Wilayah Naning, Melaka; sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Majlis
ini berlangsung di perkarangan Kediaman YAM Dato’ Undang Naning ke-21.