"SETIA SAMPAI SUDAH"

Sabtu, 13 Januari 2018

FAKTA MENARIK MENGENAI PERANG NANING (1831-1832)

1. Pihak Mahkamah Tertinggi Inggeris di Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa Naning merupakan sebuah negeri yang bebas merdeka daripada takhlukan Belanda.

2. Peperangan terjadi kerana Gabenor Inggeris Melaka telah termalu sendiri dengan keputusan mengisytiharkan Naning sebagai sebahagian jajahan Melaka.

3. Hikayat Abdullah (1849) menyatakan masyarakat di Melaka kecoh dengan khabar angin mengenai angkatan perang Naning ingin menyerang Melaka sehingga menimbulkan kegerunan di hati tentera Inggeris.

4. Naning terkenal dengan keperkasaan tenteranya kerana kekebalan yang dimiliki.

5. Dato' Naning Dol Said merupakan pembesar Melayu pertama yang mengisytiharkan perang dengan Inggeris

6. Jika tidak kerana pengkianatan pembesar Melayu negeri jiran maka Naning selama-lamanya tidak mampu ditembusi oleh pihak Inggeris

7. Pihak Inggeris terpaksa memberi pencen kepada Dato' Naning kerana beliau tidak boleh dibunuh walaupun terdapat beberapa kali percubaan

8. Semasa perang Naning, kebanyakan tentera Naning dibantu oleh penyengat naning (vespa tropica atau tebuan tanah) seperti mana Allah membantu Nabi Ibrahim dengan tentera nyamuk menghapuskan Raja Namrud.

9. Naning adalah sebuah negeri yang sering menjadi halangan Inggeris untuk menjajah negeri-negeri lain.

10. Perang Naning menyebabkan Inggeris kerugian sebanyak $100,000.00 (RM 40 Juta nilai sekrang) iaitu membuatkan kerajaan Inggeris Melaka berhutang selama 22 tahun dan mengalami defisit sebanyak 2,200%.

Kredit: DPSS Luqman Nulhakim Harzamar