1. Pihak Mahkamah
Tertinggi Inggeris di Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa Naning merupakan
sebuah negeri yang bebas merdeka daripada takhlukan Belanda.
2. Peperangan terjadi kerana Gabenor Inggeris Melaka telah
termalu sendiri dengan keputusan mengisytiharkan Naning sebagai sebahagian
jajahan Melaka.
3. Hikayat Abdullah
(1849) menyatakan masyarakat di Melaka kecoh dengan khabar angin mengenai
angkatan perang Naning ingin menyerang Melaka sehingga menimbulkan kegerunan di
hati tentera Inggeris.
4. Naning terkenal
dengan keperkasaan tenteranya kerana kekebalan yang dimiliki.
5. Dato' Naning Dol Said
merupakan pembesar Melayu pertama yang mengisytiharkan perang dengan Inggeris
6. Jika tidak kerana
pengkianatan pembesar Melayu negeri jiran maka Naning selama-lamanya tidak
mampu ditembusi oleh pihak Inggeris
7. Pihak Inggeris
terpaksa memberi pencen kepada Dato' Naning kerana beliau tidak boleh dibunuh
walaupun terdapat beberapa kali percubaan
8. Semasa perang Naning,
kebanyakan tentera Naning dibantu oleh penyengat naning (vespa tropica atau
tebuan tanah) seperti mana Allah membantu Nabi Ibrahim dengan tentera nyamuk
menghapuskan Raja Namrud.
9. Naning adalah sebuah
negeri yang sering menjadi halangan Inggeris untuk menjajah negeri-negeri lain.
10. Perang Naning
menyebabkan Inggeris kerugian sebanyak $100,000.00 (RM 40 Juta nilai sekrang)
iaitu membuatkan kerajaan Inggeris Melaka berhutang selama 22 tahun dan
mengalami defisit sebanyak 2,200%.
Kredit: DPSS Luqman Nulhakim Harzamar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.