Mutakhir
ini, berlaku suatu polemik yang agak mengelirukan masyarakat mengenai status
Datuk Naning iaitu sebagai Penghulu atau Raja di Naning.
Bagi
menjawab persoalan ini marilah kita membuat sedikit sorotan sejarah mengenai
status ini.
1.
Dalam sebuah dokumen rasmi terbitan Istana Seri Menanti bertajuk ‘Sejarah
Raja-raja Melayu dan adat istiadat Negeri Sembilan’ yang kini tersimpan rapi di
Arkib Negara Malaysia (ANM) secara jelas menyatakan gelaran Datuk Naning
dikenali sebagai ‘SULTAN LELA MERAH’.
2.
Pada sebuah buku bertajuk ‘Sejarah Negeri Sembilan’ yang ditulis Zakiah pada
tahun 2004 menyatakan bahawa Naning diperintah oleh seorang bergelar ‘Raja
Naning’.
3.
Dalam sebuah jurnal peribadi tulisan Gabenor Belanda pada tahun 1678 yang
bernama Governor Balthasar Bort menyatakan di Naning terdapat seorang ‘RAJA’
dari keturunan Minangkabau yang sangat sakti.
4.
Datuk Perpatih Nan Sebatang atau Sutan Merah Jatang Balun adalah anak kepada
Ratu Indah Jeliya (Ratu Sumatera) atau Ratu Indo Chati dan cucu kepada Seri
Paduka Raja Indrawarman (Raja Kerajaan Sriwijaya).
5.
Sultan Muzafar Shah (Sultan Melaka) pernah menganugerahkan gelaran RAJA kepada
Datuk Perpatih namun ditolak beliau.
6.
Gelaran ‘Megat’ , ‘Merah’, ‘Tengku’ dan ‘Raja’ adalah hanya untuk kerabat
diraja sahaja. Gelaran ini semua ada pada nama Datuk-datuk Naning yang lampau.
7.
Ratu Elizeberth II (yang sekarang ini) pernah menghadap Datuk Naning pada tahun
1959 di Naning.
8.
Dalam sebuah buku lama tulisan Darus Ahmad pada tahun 1957 menyatakan bahawa
Datuk Naning adalah setaraf dengan Raja-raja Melayu di Tanah Melayu.
9.
Dalam perlembagaan menyatakan terdapat kewujudan Raja-raja kecil seperti Tunku
Besar Tampin dan salah satunya terdapat di Melaka.
10.
Datuk Naning satu-satunya pembesar negeri yang boleh menganugerahkan pingat
kebesaran selain Sultan dan Gabenor yang diiktiraf kerajaan pusat.
Justeru,
anda boleh menilaikan sendiri siapa dan apakah status Datuk Naning.
P/S: DYAM Tunku Mahkota Johor pernah
kata ada 10 Raja di Malaysia. Siapa raja ke 10 ye?
Kredit: Kembara Tanah Biso
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.